Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama.
Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin
- Matlamat
- Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan.
- Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri- puteri.
- Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerakerja kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti.
- Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.
- Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan.
- Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.
- Visi
- Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.
- Mempunyai kesihatan diri dan mampu ;membangunkan diri secara bersepadu iaitu darisegi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.
- Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.
- misi
- Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan Hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program-program yang dijalankan.
- Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada puteri-puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik minute.
- Melengkapkan puteri dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.
- Objektif
Melahirkan satu masyarakat muda yang
- Taat kepada Allah, Raja dan Negara
- Berbakti kepada masyarakat
- Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka berasaskan jalan yang diterima Allah S.W.T. dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa.
- Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan di terima masyarakat.
- Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.
- Logo PPIM
PENGERTIAN LOGO
- Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
- tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi Permulaan daripada perkataan “PERGERAKAN PUTERI ISLAM."
- Bendera PPIM
- Cogan kata PPIM
- Suluh kata PPIM
- Pakaian PPIM
- Ikrar PPIM
- Lagu PPIM
Sekian , terima kasih .
Comments
Post a Comment